Saturday, January 31, 2009

Tak Kebelakang la! ada sikit maju depan

1. Minggu lepas pada tahun baru Cina kami sekeluarge ke Melaka, setelah agak beberapa tahun tak ke pekan Melaka nampak ada la berubahan. Terkejut jugak tengok jumlah kereta yang sampai dari semua arah selepas tol Air keroh, aku tak rasa melaka pernah kena traffic jam yang macam ni sebelum ni.








2. Antara politician Melayu yang aku paling kurang berkenan adalah Ali Rustam, bukan apa masa jadi Timbalan Menteri Pangangkutan dalam satu temuramah RTM dia kata "kenapa la lori-lori kita ni selalu aksiden, tengok kapal terbang berjam jam terbanag tapi jumlah kemalangan boleh kata kan tak de" sejak dia buat kenyataan macam tu terus aku hilang respect kat Mamat ni, boleh ke dia samakan bawak lori dengan bawak kapalterbang...tepuk dahi aku.


3. Tapi kali ni aku puji dia, namapak Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam ada la kemajuan terutama dalam bidang pelancungan, nampak keseriusan beliau. Mungkin sebab benda ni kena dengan dia tak perlu fikir banyak-banyak, ataupun idea ni datang dari kontraktor yang create the jobs.


4. Satu benda yang aku suka adalah river cruise dan macam mana dia orang upgrade Sungai Melaka, well done kalau buat betul betul boleh tiru venice. Dah lama aku nak tengok sungai sungai kita walau pun keruh tapi ada proper wall at each side, aku tengok di Banagkok ada malahan sungai di sana dijadikan jalan pengangkutan utama yang murah untuk feri feri.


5. pemandanagan sepanjang Sungai tak lah begitu impresive sebab melalui belakang rumah kedai tapi ada effort untuk cantik kan kedai kedai ni. Perjalanan bermula di Taman Rempah dan melalui kampung melayu melaka dan berpusing di bandar hilir sebelum pulang di Taman Rempah.







6. Banyak tempat sebenarnya kat Melaka ni boleh di lawati, memang rasanya datuk Ali berjaya la jadikan Melaka salah satu tempat pelancongan di Malaysia. Mungkin salah satu sebab lokasi yang terletak kat tengah tengah antara kawasan tengah dan selatan malaysia menjadikan masa perjalanan yang tak terlalu lama. Memang semua tahu kesan sejarah di Malaka yang secara automatik menjadikan Melaka sebuah tempat lawatan yang informatif. Walaupun begitu segala "effort" yang telah ditunjukkan oleh orang Melaka memang patut di beri pujian.








7. Lawatan kali ni bersama famili cuma kami melawat rumah tradisional Melayu Melaka di perigi Hang Tuah. Kami tak ke tempat lain sebab terlalu sesak. Kami akan datang pada hari minggu yan lain bukan masa cuti perayaan seperti ini. Aku suka rumah ni sebab tangga yang memang trademark rumah orang Melaka.
Tahniah orang Melaka kerana mejadikan Melaka tempat yang menarik, tapi kebersihan harus dijaga denagan lebih baik.

















No comments: