Saturday, July 31, 2010

Hasil Usaha Yang Belakang

Aku percaya dengan usaha dan doa untuk mendapatkan hasil, segala penat lelah sejak 7-8 bulan yanglepas telah mula menampakkan hasil yang boleh dibanggakan.

Semalam selesai sebulan kursus industri pelabuhan bagi pengambilan pertama para pelatih PLOMO sessi 01/10. Aku amat berbangga dengan semangat, kebolehan serta bakat yang ditunjukkan...mereka ini adalah terdiri dari anak anak kampung yang terdiri dari golongan miskin. Rupanya masih ramai anak anak muda kita yang berkebolehan dan boleh menjadi pekerja yang baik..apa yang perlu cumalah satu transformasi mereka kepada industri tersebut.

Bagi Plomo sendiri ini adalah satu titik permulaan kepada hasil ynag berterusan..insallah satu transformasi juga akan berlaku kepada kompeni ini...usaha yang lebih kuat akan diteruskan.


Friday, May 21, 2010

Apa nak jadi negaraku (Siri 1)

Sejak kebelakangan ini aku banyak berurusan dengan para pegawai kerajaan, untuk membantu dalam satu projek pembasmian kemiskinan. Malangnya hasrat murni yang dibuat tak semua dapat di terima dengan baik. Dari pengalaman yang telah dilalui sepanjang 5 bulan yang lepas, kerjasama yang diberikan amat mendukacitakan.

Pendekatan bagi pembangunan rakyat termiskin yang dihasratkan oleh pemimpin tertinggi negara tidak akan tercapai sekiranya jentera kerajaan yang berada di peringkat negeri, daerah serta kampung tidak betul-betul ikhlas untuk membantu golongan ini. Dari pengamatan penulis terlalu banyak perasaan iri-hati, cemburu malah mementingkan diri sendiri di peringkat bawahan. Akibat daripada itu apa sahaja projek yang cuba dijalankan akan menuju kegagalan.

Kenapa kita terlalu susah untuk membantu dengan ikhlas? kemana hilang semangat membantu bukan sahaja seperti diajar oleh orang tua kita yang lebih penting adalah agama kita? kenapa perlu setiap bantuan yang dihulurkan perlu mendapat upah selain daripada gaji yang telah diberikan kerana jawatan tersebut? apa yang berlaku sekarang di negara kita, kita dikejutkan oleh kerugian berbillion ringgit ynag dihadapi oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan! kenapa? ada orang yang mengambil kesempatan terhadap perniagaan syarikat tersebut, dengan kos yang melambung tinggi lebih dari normal takkan lah pihak pengurusan tidak sedar.

Tapi apa punca segalanya? Ketelusan dan ketulusan dalam menjalankan pekerjaan yang diamanahkan...sekiranya dipraktikkan lah ketelusan dan ketulusan perkara ini dapat dihindarkan. Berbalik kepada projek penulis dalam pembasmian kemiskinan, kalau sifat-sifat penjawat awam yang penulis temui tidak berubah dalam masa terdekat dan pantas, negaraku ini pasti akan menuju kehancuran.