Hari demi hari aku terus maju kedepan melihat segala peluang yang terbentang luas. Kepahitan yang lepas dalam bisnes dan tipu helah dah jauh ditinggalkan kebelakang. Apa yang berlaku telah menjadi satu pengalaman yang sungguh bermakna dalam aku mengejar cita cita untuk mebina sebuah organisasi yang boleh dibanggakan. Pengalaman yang ada rupanya telah juga digunakan oleh orang lain untuk belajar bagaimana aku membina semula satu semangat setelah dijatuhkan oleh rakan sendiri.
Walaupun segala rintangan yang datang aku dapat tanggani dengan tabah tanpa nampak sebarang perubahan pada aku secara zahir, tapi sebenarnya segala permasalahan itu amat perit juga untuk ditanggung. Aku kini lebih dekat rasanya dengan maha pencipta kerana dialah yang mendengar segala doa aku untuk memberikan rezeki untuk aku terus hidup.
aku kini lebih matang, lebih tabah dan kuat dari segi mental...Alhamdulilah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment