I am back in KL since last few days. My experience for the last few days in Sabah and Sarawak interior have given me a better outlook of this life. Dimana tempat yang boleh mencari rezeki disitulah ada kehidupan manusia. Kadang kadamg rasa pelik kenapa tempat yang ulu macam ni pun ada orang sanggup tinggal. Kalau difikirkan memang la tak logik tapi kerana itu yang mereka tahu maka disitulah mereka tinggal demi mencari rezeki ataupun tak sanggup meninggalkan kampung halaman mereka. Kalau mereka disogokkan dengan kemewahan seperti yang dinikmati oleh orang bandar dah tentu mereka juga tak nak tinggal ditempat macam ni.
Beberapa hari lepas tak silap aku ada dengar satu discussion in the radio pasal benda branded, macam mana orang kat Malaysia sekarang ni cuma nak beli barang berjenama jee...kerana ini melambangkan status..dunia meteriaslistik sekarang ni nak buat cam mana...yang jadi masalah ada antara kita yang beli barang tiruan kat pasar malam..itu takpe jangan kita terbeli barang berjenama tiruan di upmarket shopping mall dah la kalau macam tu lagi naya.
Tapi hidup ni sema orang nak nampak smart..first impression sebab manusia biasanya suka dipuji dan dihormati...itu yang ada sanggup jual maruah diri dan jadi con man untuk mencapai kesenangan dengan kata lain tikam belakang la...atau cari duit "bawah meja"...
Tapi kata satu uztaz dalam ceramah dalam IKIM FM yang aku dengar masa drive balik KK dari Lawas..katanya dalam hidup ni nak kena ada DUIT, D= Doa U=Usaha I=Ikhtiar T=Tawakkal yang ini aku percaya...sebab dah 3 bulan aku buat bisnes sendiri ni memamn aku berpegang teguh dengan DUIT. Hasilnya mula dah nampak...insallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment